Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

236) KEMAJUAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAJANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan projek tebatan banjir di sekitar Kajang bagi memastikan Bandar Kajang tidak lagi mengalami banjir

    Projek membaikpulih dan Penstabilan Sungai Jeluh di Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat siap sepenuhnya 100% pada 10 Oktober 2016. Projek ini kini dalam status „Defect Liabilty Period (DLP)‟ selama setahun dari 10 Oktober 2016 berakhir pada 10 Oktober 2017. Dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjawap sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kegagalan pada struktur pembinaan. Kos kontrak ini adalah RM 4,821,005.80.

Lampiran

Tiada Lampiran.