KEMISKINAN

14) KEMISKINAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan untuk menentukan mereka yang miskin dan senaraikan indeks kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2008-2012.

    Kemiskinan membawa maksud, jumlah pendapatan bulanan sesebuah isi rumah yang berada di bawah tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu indikator yang membolehkan sesebuah keluarga tersebut memiliki dan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan, yang membolehkan setiap ahli keluarga berfungsi di dalam masyarakat. Sementara peratusan rakyat dibawah garis kemiskinan di Negeri Selangor (1,503,629 jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin iaitu pendapatan kurang dari RM1500.00) dibahagi dengan jumlah populasi di Negeri Selangor iaitu 5,070,000 menjadikan sejumlah  18%.

    Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai pertumbuhan populasi yang sangat tinggi dimana pertumbuhan tersebut didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu pertumbuhan tersebut berlaku antara lain adalah disebabkan oleh perpindahan rakyat negeri lain ke Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu mengikut data terkini, terdapat sebanyak 274,937  jumlah warga miskin di Negeri Selangor berdasarkan kepada paras garis kemiskinan (PGK) 2007 iaitu pada kadar RM731.00 sebulan. Jumlah tersebut menyumbang kepada 5.3% dari jumlah populasi rakyat Negeri Selangor. Bagaimanapun kadar garis kemiskinan telah ditingkatkan menjadi RM1500.00.  Berdasarkan kepada bancian yang dijalankan pada tahun 2007 terdapat seramai 1,530,629 penduduk Negeri Selangor yang berpendapatan bawah RM 1500 iaitu menjurus kepada 30% populasi rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.