KEMISKINAN BANDAR
163) KEMISKINAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan atau dasar baru Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor?
Seperti mana kita sedia maklum, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi menangani masalah kemiskinan bandar di negeri Selangor. Di antara program-program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan adalah seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucer sempena Perayaan dan Program Back to School.
Di samping itu, pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar seperti Program Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR). Program Skimsel bermatlamat untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan. Manakala program MIMBAR pula merupakan pinjaman mikrokredit Qardul Hasan iaitu pinjaman tanpa faedah dan caj pengurusan yang bertujuan untuk membantu menambahkan pendapatan seisi keluarga bagi melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK).
Dalam usaha Kerajaan Negeri memberi manfaat kepada semua rakyat melalui pembasmian dan pengurangan ketidakseimbangan ekonomi, Kerajaan Negeri akan sentiasa menambahbaik program-program Pembasmian Kemiskinan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar di negeri Selangor sejajar dengan peningkatan taraf hidup rakyat dan perkembangan ekonomi semasa.
