KEMISKINAN DI BANDAR
192) KEMISKINAN DI BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah skim ini berjaya sampai ke kelompok sasar dan menepati objektif?
Penubuhan MiMBAR Selangor adalah untuk memberikan bantuan pinjaman mikrokredit kepada golongan peniaga kecil di kawasan bandar di Selangor supaya dapat membantu menambahkan pendapatan harian mereka dengan memupuk semangat berdikari dan mengubah sikap serta pemikiran rakyat di negeri ini untuk sentiasa gigih berusaha, jujur dan amanah bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup. MiMBAR Selangor telah membuktikan berjaya sampai ke kelompok sasar kerana sehingga Jun 2012, seramai 4,442 peniaga kecil yang telah menikmati kelebihan ini yang mana bukan sahaja menerima pinjaman mikrokredit malahan juga menerima bantuan niaga yang menyediakan produk, peralatan dan ruang untuk berniaga bagi memberi peluang untuk rakyat di bawah Paras Garis Kemiskinan melepasi tahap kemiskinan hidup di bandar. Ianya juga adalah untuk tidak sentiasa bergantung kepada bantuan kebajikan semata-mata. Ianya secara tidak langsung mencapai polisi kerajaan negeri dalam supaya rakyatnya berdikari untuk berpendapatan (workfare).
