KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR

151) KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana kejayaan program Selangor Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan semenjak 2012?

    Program Hari Tanpa Beg Plastik yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 melibatkan beberapa buah pasaraya yang terpilih di Negeri Selangor. Setelah tiga tahun pelaksanaan program tersebut, Kerajaan Negeri telah mengadakan satu kajian awam terhadap penerimaan kempen tersebut pada tahun 2014 yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik semasa itu. Antara hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut:

     

    1. Tahap kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan kempen ini adalah tinggi iaitu sebanyak 94%;
    2. Sebanyak 71%     responden    bersetuju    dengan    penambahan    hari pelaksanaan kempen ini;
    3. 40% berpendapat kempen ini berjaya mencapai objektif pengurangan penggunaan beg plastik dan pemuliharaan alam sekitar;
    4. Seramai 48% responden berpendapat kempen ini berjaya dilaksanakan

    Kesimpulannya, kempen ini dapat diterima dengan baik di kalangan pengguna berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan, namun pelaksanaannya perlu penambahbaikan yang berterusan untuk memberikan kemudahan dan manfaat yang berguna kepada masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.