KEMPEN JAUHI ARAK

99) KEMPEN JAUHI ARAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, orang Islam tidak dibenarkan untuk bekerja di premis yang menyajikan arak. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat kempen jauhi arak secara besar Ð besaran?

    Kempen Pencegahan Arak Peringkat Negeri Dan Pengenalan Simbol Anti Arak telah dilaksanakan pada 17 hingga 21 Oktober 2011 sebagai tanggungjawab kerajaan di atas kesalahan minum minuman yang memabukkan. Program ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Selangor dan telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat Islam yang meliputi peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA, IPTS, pengguna lebuh raya, institusi masjid, dan juga pengunjung pusat membeli belah. Program-program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ianya memberi kesan positif kepada orang awam terutamanya di kalangan masyarakat Islam. Melalui kempen ini juga mereka akan sedar tentang bahayanya arak pada setiap individu bagi mereka yang beragama Islam mahupun yang sebaliknya.

Lampiran

Tiada Lampiran.