KEMPEN KURANGKAN BEG PLASTIK
79) KEMPEN KURANGKAN BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Secara dasar ia adalah satu program yang baik namun masih ada rungutan dari rakyat. Huraikan sebab dan puncanya
Berdasarkan respon daripada pelbagai media massa dan media sosial, antara sebab dan punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Para pengguna menyatakan kempen ini dilaksanakan dengan tempoh yang drastik dan pengguna serta peniaga tidak mempunyai tempoh yang mencukupi untuk bersedia dengan pelaksanaannya.
- Kebergantungan kepada penggunaan beg plastik dan tiada bahan alternatif disediakan.
- Kurang pemahaman dan pengetahuan berhubung matlamat kempen.
- Pengguna turut menyatakan rasa terbeban dengan caj kutipan RM0.20 bagi setiap penggunaan beg plastik serta mempersoalkan penyaluran kutipan caj RM0.20 tersebut.
Oleh itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan aktiviti promosi dan pendidikan kepada pengguna serta peniaga bagi memberikan maklumat dan penerangan yang lebih jelas berhubung pelaksanaan kempen ini yang mana aktiviti tersebut akan dilaksanakan bersama PBT, pengusaha pasaraya dan peniaga-peniaga kecil. Selain itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan kajian awam terhadap kempen yang dirancang akan diadakan pada bulan April 2017. Bagi isu kutipan caj RM0.20, Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat dan perjumpaan bersama pihak peniaga bagi mengenalpasti masalah yang dibangkitkan oleh pengguna serta memantau laporan penyaluran kutipan caj RM0.20.
