KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG

194) KEMUDAHAN BAGI PENDUDUK DI SUNGAI TANGKAS, BANGI, KAJANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan Sungai Tangkas membangun dengan pesat. Banyak pertambahan kediaman dan institusi berkembang. Bilakah jambatan merentas jalan kereta api dari Sungai Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi dapat disiapkan?

    Jawapan oleh JKR Selangor

    1. Berdasarkan situasi semasa tiada keperluan untuk membina jambatan merentasi landasan kereta api di Tangkas ke jalan utama Kajang-Bangi. Tambahan  pula terdapat jejambat yang menjadi alternatif penghubung ke kawasan ini. Walaubagaimanapun, keperluan jejambat pada masa hadapan akan dikaji  semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.