KEMUDAHAN KESIHATAN

104) KEMUDAHAN KESIHATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan merancang untuk mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat bagi membantu meringankan bebanan pesakit di setiap kawasan Dewan Negeri di seluruh Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Panel Dialisis Sihat Selangor (PDSS) dengan melantik pusat rawatan yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebagai Panel Dialisis. Panel Dialisis ini akan memberi rawatan kepada pesakit dialisis dengan kos rawatan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Setakat ini, terdapat 72 buah Panel Dialisis yang bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Selangor dan juga yang bersempadan.

    Kerajaan Negeri berpandangan bahawa model pelaksanaan sedia ada adalah yang terbaik dan akan dikekalkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.