KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA “SMART SELANGOR”

100) KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA “SMART SELANGOR”

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah bas percuma Smart Selangor bermula melalui kawasan DUN Teratai?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan memperkenalkan dua (2) laluan baru pada 1 Ogos 2017 termasuk laluan di kawasan DUN Teratai. Dua laluan tersebut adalah :

    • Laluan Bas Smart Selangor MPAJ02 yang melalui Bandar Baru Ampang hingga Taman Dagang Jaya sepanjang 10.7 kilometer; dan
    • Laluan Bas Smart Selangor MPAJ03 yang melalui LRT Cempaka hingga ke Taman Bukit Teratai sepanjang 6.2 kilometer.

Lampiran

Tiada Lampiran.