Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

325) KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup?

    Sumber air dikawal selia oleh LUAS berdasarkan peruntukan-peruntukan yang berkaitan di dalam Enakmen LUAS 1999. Tanggungjawab LUAS adalah terhadap kawalan apa-apa aktiviti yang menggunakan sumber air bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi semua sektor dan kualitinya yang sesuai untuk digunakan. Melalui kelulusan Kerajaan Negeri, skim pelesenan dan caj abstraksi sumber air ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah untuk mengawal penggunaan sumber air yang lebih optima di semua peringkat dan kelangsungannya untuk masa-masa akan

     

    Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi Sumber Air Selangor ke atas sektor Perikanan, Penternakan dan Pertanian dimulakan pada tahun 2015.

     

    Aktiviti akuakultur merupakan aktiviti komersial dan ianya tidak tertakluk di dalam sembilan (9) kategori aktiviti yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian caj oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Pengecualian Caj Abstraksi Sumber Air yang telah diluluskan

     

    oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bil 19/2013 pada 10 Julai 2013.

     

    Pengusaha akuakultur perlu menanggung caj penggunaan sumber air (samada air permukaan atau air bumi) bagi akitiviti akuakultur selaras dengan peruntukan Seksyen 44(1) di mana ‘Lembaga adalah antara lain diberikan kuasa perundangan untuk mengenakan caj ke atas penggunaan, abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air atau sumber lain’.

     

    Caj abstraksi air adalah RM 0.05 per meter padu bagi tujuan komersial selaras dengan keputusan MMKN Bil. 8/2005 pada 13 April 2005. Caj ini adalah lebih rendah berbanding caj yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka ke atas sektor akuakultur iaitu RM 0.10 per meter padu. Sementara caj abstraksi sumber air di Negeri Sembilan bagi tujuan komersial adalah sebanyak RM0.08 per meter padu.

     

    Pihak LUAS telah memberikan taklimat berkaitan Skim Caj dan Pelesenan Abstraksi Sumber Air kepada pengusaha-pengusaha akuakultur secara berperingkat pada tahun 2015.

     

    NO TARIKH PERKARA
    1 11 November

    2014

    Mesyuarat Cadangan Pelaksanaan Skim Pelesenan Dan Caj Abstraksi    Sumber   Air   Negeri   Selangor   Ke    Atas   Sektor

    Perikanan   &    Penternakan   Bersama    Jabatan                      Perikanan Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor.

    2 22 April 2015 Taklimat bersama Jabatan Perikanan Selangor bagi memberi

    penerangan kepada semua pengguna sumber air bagi aktiviti akuakultur di daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

    3 6 Mei 2015 Taklimat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor

    bagi memberi penerangan kepada semua pengguna sumber air bagi aktiviti penternakan ayam.

    4 20 Mei 2015 Taklimat bersama Jabatan Perikanan Selangor bagi memberi penerangan kepada semua pengguna sumber air bagi aktiviti akuakultur di daerah Hulu Selangor.
    5 4 Jun 2015 Taklimat bersama Jabatan Perikanan Selangor bagi memberi penerangan kepada semua pengguna sumber air bagi aktiviti akuakultur di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.