KERJA MENGOREK SUNGAI LANGAT

60) KERJA MENGOREK SUNGAI LANGAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati beberapa syarikat telah menjalankan kerja mengorek Sungai Langat di dalam DUN Dusun Tua. Bagaimana cara pemilihan syarikat tersebut dibuat? Apakah dibuat secara tender terbuka atau sebaliknya?

    Setelah kejadian banjir Oktober 2008, JPS telah mengenalpasti bahawa diantara faktor berlaku banjir dikawasan tebing Sungai Langat adalah dasar sungai yang cetek. Memandangkan hujan lebat dijangka akan berlaku pada bulan Disember 2008, Maka untuk mengelakkan kejadian banjir daripada berulang, dasar Sungai Langat perlu segera didalamkan. Sebagai tindakan lanjut, kontraktor secara tindakan kecemasan telah dipanggil khususnya dikawasan kritikal. Bagi mempercepatkan pelaksanaan perlantikan kontraktor telah dibuat secara lantikan terus.

Lampiran

Tiada Lampiran.