KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG

71) KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih tidak dapat memulakan kerja untuk membina 8 unit tokong di Jalan Bukit Kerayong, Pelabuhan Klang disebabkan tanah yang berkenaan masih belum digazetkan sebagai tanah rumah ibadat. Apakah sebab kelewatan tersebut?

    Kelewatan disebabkan oleh tiada penyelesaian di antara penjaga tokong asal dan pihak persatuan yang baru. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam Bil.4/2017 bertarikh 30.05.2017 telah memutuskan perwartaan ke atas 8 unit tokong diteruskan oleh pihak Pejabat Tanah/Daerah (PTD) Klang. Isu kelewatan disebabkan keengganan penduduk tanah asal iaitu Puan Ah Bim untuk berpindah ke tapak yang sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.