Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

68) KERJASAMA NEGERI- PERSEKUTUAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada 3 April lalu, Kementerian Pelancongan telah membatalkan MOU berkaitan pelancongan dengan kerajaan negeri. Walaupun membabitkan peruntukan yang tidak begitu besar, ia kelihatan seperti satu tindakan sabotaj. Adakah kerajaan negeri mempunyai pelan tindakan bagi menangkis sebarang tindakan sabotaj yang mungkin dilakukan oleh kerajaan persekutuan pada masa akan datang?

    Kerajaan Negeri sedang mengaturkan beberapa pertemuan dengan beberapa
    pihak NGO dan agensi-agensi yang berkaitan dengan pelancongan untuk
    menjalankan aktiviti-aktiviti di peringkat negeri seperti yang dirancangkan agar ianya tidak menjejaskan kadar kedatangan pelancong dan dari segi peruntukan untuk pembangunan pelancongan perkara ini akan dibincangkan dalam pertemuan Y.A.B. Menteri Besar dengan Y.A.B. Perdana Menteri.

Lampiran

Tiada Lampiran.