KERJASAMA PERTANIAN
184) KERJASAMA PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan perincian projek kerjasama pertanian yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan mutu pertanian di Selangor.
Kerajaan Negeri telah membuat beberapa kerjasama pertanian bagi meningkatkan mutu pertanian di Selangor. Antaranya kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia bagi merangka pelan induk pertanian Selangor yang sedang berjalan ketika ini. Selain itu Jabatan Pertanian juga bekerjasama dengan Persatuan Pengeluar dan Pengeksport Buah-buahan Kuala Lumpur dan Selangor bagi pengeluaran dan pemasaran buah-buahan untuk dieksport. PKPS juga sedang berunding dengan syarikat Green World Genetics (GWG) yang beribu pejabat di Batu Arang untuk mengusahakan ladang jagung bijirin (grain corn) di tanah milik PKPS di Sungai Tengi untuk tujuan pengeluaran jagung bagi makanan haiwan.
