Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

59) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan dan cara penyelesaian yang dicadangkan bagi persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan

    Ini adalah Jalan Persekutuan FR01. Projek ini telah dipohon dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf persimpangan tersebut dengan anggaran kos projek RM 20 juta. Skop yang dicadangkan adalah pelebaran jalan dan jambatan (daripada 2 lorong kepada 4 lorong) serta menaiktaraf persimpangan kepada persimpangan lampu isyarat. JKR Selangor juga telah mengambil tindakan dengan meningkatkan aspek keselamatan di persimpangan tersebut dengan memasang perabot jalan seperti papan tanda amaran, blinkers dan rib bars sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek.

Lampiran

Tiada Lampiran.