Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

103) KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian Selangor?

    Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2.62 juta bagi tujuan program pembangunan dan aktiviti kebudayaan negeri termasuk RM1 juta untuk Projek Peta Kebudayaan Negeri yang dilaksanakan oleh Pusat Budaya Pusaka Sdn. Bhd. (PUSAKA) serta geran sebanyak RM120,000.00 diberikan kepada Sasterawan Negara Anwar Ridhwan bagi menghasilkan koleksi naskhah sastera berserta program (mentor) melahirkan penulis muda yang berkualiti tinggi oleh beliau.

    Sepanjang tahun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai bentuk program aktiviti kebudayaan sama ada secara langsung atau pun dengan kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat agensi kerajaan yang lain seperti di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah, persatuan-persatuan kebudayaan, badan bukan kerajaan (NGO), anak syarikat Kerajaan Negeri seperti PKNS dan PREC dan syarikat swasta serta produksi pementasan teater dan perfileman. Pada masa yang sama, beberapa program berbentuk akademik dan ilmiah seperti bengkel dan ceramah kebudayaan telah turut dilaksanakan. Senarai program-program kesenian dan kebudayaan yang telah dianjurkan adalah seperti di Lampiran.

     

    Bagi tujuan khusus dalam mempromosikan kebudayaan dan kesenian Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri telah merancang untuk mengadakan program bersama media pada bulan November 2016. Program berkonsep jelajah ini akan membawa media tempatan dan luar negara untuk menelusuri kegiatan kebudayaan asli masyarakat di seluruh pelosok negeri. Antara unsur kebudayaan yang cuba diketengahkan dalam program kali ini adalah kebudayaan muzik tradisional seperti cempuling, keronchong dan kompang jawa berserta tarian seperti tarian poja sekali gus memperkenalkan dan menyelami keunikan dan keindahan seni jahitan dan tenun masyarakat negeri Selangor terdahulu. Bukan sekadar itu, beberapa tempat lokasi aktiviti kebudayaan dan kesenian moden akan turut ditonjolkan. Program media seumpama ini disasarkan akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak di mana ia akan mempromosikan keunikan dan kepelbagaian kebudayaan dan kesenian Negeri Selangor kepada orang ramai sama ada dari dalam atau luar negara mahupun rakyat Selangor sendiri khususnya.

    SENARAI PROGRAM & AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2016

    • Orkestra ‘Shakespeare In Paris’ & ‘Arias & Love Songs’
    • Pementasan Teater Perdana Putera ‘La Galigo’.
    • Karnival Sukan Sikh “Gurdwara Cup” Peringkat Kebangsaan 2016 Keli Ke 65 Di Negeri Sembilan.
    • Program ‘Pritinggam’ Intervasity Debate Competition 2016.
    • Konsert Ella 2016.
    • Program Jelajah Exco Kebudayaan Negeri Selangor Tahun 2016 (MDKL).
    • Program Jelajah Exco Kebudayaan Negeri Selangor Tahun 2016 (MPSP).
    • Program Malam Kebudayaan & Kesenian Bugis Dan Jawa 2016.
    • Pertandingan Etnik Kreatif.
    • Festival Seni Jalanan.
    • Program Karnival Adat & Budaya Masyarakat Daerah Hulu Selangor.
    • Program Freedom Film Festival
    • Program Festival Ramadhan Selangor (FESTIRA) 2016.
    • Syarahan Kebudayaan : The Development Of Malay Theater – An Outsider’s View.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.