KILANG HARAM

112) KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat pemutihan kilang-kilang haram di Selangor?

    Berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 6/ 2006, definisi kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    • Kilang yang dibina di atas tanah Kerajaan tanpa izin
    • Kilang yang dibina di atas tanah milik yang kategori pertanian (syarat tanah belum diubah)
    • Kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau bangunan kediaman
    • Kilang yang beroperasi tiada lesen perdagangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

     

    Walau bagaimanapun, mesyuarat MMKN 26/2007 pada 12 September 2007 telah meluluskan agar Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dikecualikan ke atas backyard industry/ cottage industry (kilang di atas kawasan perumahan dan komersial).

Lampiran

Tiada Lampiran.