KILANG PLASTIK HARAM
92) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan kilang plastik haram di Selangor mengikut DUN.
Bilangan kilang plastik haram yang dikesan adalah sebanyak 107 buah melibatkan 6 PBT sahaja di mana 99 kilang plastik haram tersebut telah diberi Notis Penutupan. Daripada 99 buah kilang tersebut, sebanyak 48 buah kilang telah ditutup sepenuhnya melalui Operasi Bersepadu. PBT akan sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau perkara ini bagi tujuan pemutihan. Berikut adalah pecahan bilangan kilang plastik haram di 6 PBT:-
*Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
Bil.
PBT
Jumlah
Notis Penutupan
Telah Ditutup Sepenuhnya
1.
MPK
41
41
8
2.
MDKL
33
33
33
3.
MDKS
8
8
–
4.
MBSA
12
12
4
5.
MDHS
12
4
2
6.
MPSp
1
1
1
Keseluruhan
107
99
48
