Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

10) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR (KBKS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini KBKS?

    Berkuat kuasa pada Disember tahun 2011 pengurusan MSN Holdings Sdn. Bhd. atau MSN Holdings yang sekarang namanya Darul Ehsan Fasaliti Management Sdn. Bhd. telah mengambil alih pengurusan Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor bagi tujuan pengambilalihan pengurusan yang sebelum ini di bawah pengurusan KBKS sendiri memandangkan prestasi kewangan KBKS pada ketika itu terpaksa menanggung dan juga berdepan terpaksa berharap kepada geran tahunan yang perlu disampaikan oleh pihak Kerajaan Negeri. Justeru di bawah KBKS, MSN Holdings kita telah menguruskan dan memperbaiki beberapa kelemahan-kelemahan utamanya terutamanya untuk memaksimumkan penggunaan Dewan Raja Muda Musa serta menaik taraf beberapa kemudahan-kemudahan lain seperti surau, CCTV, dewan dan juga ruang pejabat untuk digunakan dengan semaksimum mungkin dilaksanakan pelbagai program yang sekarang Dewan Raja Muda Musa merupakan satu menu pilihan utama di Shah Alam terutamanya bagi majlis-majlis perkahwinan, peperiksaan yang dianjurkan oleh UiTM dan juga program- program lain yang dianjurkan di sekitar Shah alam

Lampiran

Tiada Lampiran.