KOMUNITI BERPAGAR

58) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Insiden Komuniti Berpagar di Kepong yang meragut nyawa menimbulkan pelbagai jenis pandangan masyarakat. Adakah Kerajaan Negeri bersedia mengkaji semula Program Komuniti Berpagar ini?

    1. Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Jun 2010 telah meluluskan dan seterusnya mengguna pakai Garis Panduan Pembangunan ’Gated and Guarded Community’ secara seragam oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Penyediaan garis panduan ini adalah bertujuan sebagai alat pengawalan terhadap skim komuniti berpagar yang semakin berkembang tanpa kawalan ’bak cendawan tumbuh selepas hujan’.

     

    Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga pada 20 Oktober 2010 turut telah menyediakan Garis Panduan dan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’ untuk diguna pakai oleh semua PBT di seluruh negara.

     

    Walaupun garis panduan yang disediakan oleh kedua-dua pihak telah menetapkan bilangan peratusan yang berbeza yang mana Kerajaan Negeri menetapkan persetujuan 85% daripada pemilik (termasuk penyewa) sedangkan KPKT hanya meletakkan persetujuan majoriti iaitu 51% sahaja namun ianya masih lagi bertentangan dari aspek perundangan seperti Seksyen 136(2) dan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 80, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 26 Jadual G, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 sekiranya terdapat sebarang halangan pada jalan-jalan awam dalam pelaksanaan skim pemajuan tersebut. Halangan-halangan tersebut termasuklah barangan seperti besi, kayu, kon, tong ‘drum’, rantai sama ada berkunci atau tidak berkunci dan sebagainya.

     

    Oleh yang demikian, penyediaan garis panduan ini telah pun mengambil kira aspek keselamatan sekiranya sesuatu insiden berlaku seperti kejadian di Kepong. Dalam garis panduan ini pemohon / persatuan penduduk yang berhajat untuk melaksanakan skim ‘guarded community’ perlu mematuhi perkara-perkara berikut:

     

    1. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Pendaftar

     

    1. Persetujuan 85%    penduduk    daripada     bilangan    unit    rumah    yang berpenghuni (termasuk penyewa) perlu diperolehi terlebih

     

    • Tiada unsur paksaan bagi menyertai skim

     

    1. Pelaksanaan skim ’guarded community’ ini adalah berbentuk sementara

    sahaja iaitu dari dua (2) hingga tiga (3) tahun.

     

    1. Pelaksanaan hanya dibenarkan bagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan yang berkongsi seperti surau, sekolah, padang bola dan sebagainya seperti di peruntukan dalam Pelan Kebenaran Merancang (Pelan Susun atur) asal yang telah

     

    1. Pondok pengawal dibenarkan dan saiz adalah 6 kaki x 8 kaki atau saiz lain yang difikirkan sesuai oleh

     

    • Pembinaan pondok pengawal tidak menghalang lalu lintas dan peletakannya di bahu jalan serta perlu mendapat kebenaran bertulis daripada PTD /PBT.

     

    • Penghalang hanya dibenarkan beroperasi dari jam 12 tengah malam sehingga 6

     

    1. Penggunaan kad akses (automatik) dilarang sama

     

    1. Tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar / masuk ke kawasan berkenaan.

     

    1. Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka pada bila-bila

     

    • Pelantikan dan tugas Pengawal Keselamatan wajib mematuhi Akta Agensi Persendirian 1971 (Akta 27) dan keperluan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

     

    • Dilarang sama sekali membina tembok (fencing) yang mengelilingi kawasan pembangunan kecuali disebabkan faktor keselamatan seperti terdapatnya parit besar, sungai dan lebuh raya dengan kelulusan daripada PBT terlebih

     

    Kesimpulannya matlamat penyediaan garis panduan ini hanyalah sebagai tindakan pencegahan sementara dalam mengurangkan kadar jenayah dalam sesuatu kawasan komuniti dan pelaksanaannya bagi sesuatu skim perumahan adalah untuk jangka masa pendek iaitu satu (1) hingga dua (2) tahun sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.