KONSORTIUM JARINGAN SELANGOR (KJS) SEBAGAI ONE STOP AGENCY (OSA)
187) KONSORTIUM JARINGAN SELANGOR (KJS) SEBAGAI ONE STOP AGENCY (OSA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah KJS diberi layanan istimewa sebagai OSA untuk meluluskan permohonan infrastruktur telekomunikasi?
Kerajaan Negeri melalui MMKN telah menimbang dan bersetuju mengekalkan KJS sebagai One Stop Agency (OSA). Walau bagaimanapun, mana-mana syarikat telekomunikasi boleh berurusan secara langsung dengan pihak PBT dengan mengguna pakai kemudahan One Stop Centre (OSC) dalam proses pembangunan dan perancangan infrastruktur komunikasi. Melalui keputusan tersebut jelas KJS tidak diberi layanan istimewa seperti yang didakwa.
