KONTRAK PBT DENGAN SYARIKAT KITAR NIAGA SENDIRIAN BERHAD YANG DITAMATKAN TANPA SEBAB

127) KONTRAK PBT DENGAN SYARIKAT KITAR NIAGA SENDIRIAN BERHAD YANG DITAMATKAN TANPA SEBAB

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan untuk memberi penerangan tentang laporan akhbar bahawa sebuah PBT dengan tidak memberi sebab menamatkan kontrak yang telah ditandatangani dengan Syarikat Kitar Niaga Sendirian Berhad yang dikatakan lebih murah, cekap dan berteknologi tinggi sehingga prestasinya juga diiktiraf oleh PBT itu sendiri.

    Tapak pelupusan sisa pepejal Bukit Beruntung adalah satu tapak pelupusan yang di selenggara oleh Majlis Daerah Hulu Selangor. Pada bulan Jun 2009 Majlis telah bersetuju dengan tawaran daripada Syarikat Kitar Niaga. Sdn. Bhd. Dengan harga tawaran RM19,800.00 sebulan, bagi kerja penyelenggaraan Tapak Pelupusan tersebut pada asa inden bulanan.  Pihak syarikat bersetuju melaksanakan kerja penyelenggaraan tersebut di samping menggunakan kaedah rawatan menggunakan Mikrob ‘Effective Microganisme’ dan laporan bertulis hasil penggunaan kaedah tersebut akan dilaporkan setiap bulan kepada pihak Majlis.  Namun begitu kontraktor gagal melampirkan perkara tersebut setiap bulan seperti yang dijanjikan, Cuma sekali sahaja iaitu bulan Julai 2009.  Namun begitu, kontraktor terus menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tapak pelupusan dengan menyewa jentolak bersilih ganti daripada beberapa pembekal tempatan kerana kontraktor tidak mempunyai jentolak sendiri.  Ada ketika jentolak rosak, kontraktor gagal menggantikannya menyebabkan sisa pepejal berlonggok beberapa hari sehingga ke tas jalan masuk dan surat amaran terpaksa dikeluarkan dan bayaran bulanan terpaksa dipotong,  Paling serius pada bulan Jun 2010 yang lalu jentolak rosak dan kontraktor sekali lagi gagal menggantikan dengan yang lain, menyebabkan kuantiti sampah yang dihantar masuk setiap hari terpaksa dilonggokkan di atas jalan masuk hingga ke pintu masuk dan pihak Majlis terpaksa menutup sementara operasi tapak pelupusan tersebut hampir dua minggu untuk kerja-kerja baik pulih dan memberi kesan kepada kontraktor kutipan sampah sekali gus menimbulkan aduan daripada penduduk.  Kontraktor iaitu Kitar Niaga Sdn. Bhd. Telah menghantar surat kepada pihak majlis mengaku bahawa mereka telah gagal menyelenggarakan tapak pelupusan tersebut.  Selain itu, pihak Malis juga mendapati Jabatan Timbang kepunyaan Majlis di tapak tersebut hilang dan satu laporan Polis mengenai kehilangannya telah dibuat di Balai Polis Bukit Sentosa.

     

    Untuk makluman semua, Majlis Daerah Hulu Selangor telah menamatkan Kontrak mulai bulan Julai 2010.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.