Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

38) KONTROVERSI LADANG BABI MODEN DI KG. TUMBUK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan sesetengah organisasi media berkaitan pembangunan ladang babi moden di Kampung Tumbuk dikhuatiri tidak mencerminkan situasi sebenar dan mungkin telah menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor. Sila jelaskan keadaan sebenar projek terbabit kepada dewan

    Projek Ternakan Babi Moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk Kuala
    Langat merupakan kelangsungan daripada kerajaan terdahulu. Projek ini perlu
    dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam yang telah ditanggung
    oleh penduduk sekitar lebih dari 20 tahun lalu. Penggunaan sistem ladang babi
    tertutup lengkap dengan sistem biogas dijangka mampu untuk menyelesaikan
    masalah alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.