KOS OPERASI BAS SMART SELANGOR
83) KOS OPERASI BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos terperinci operasi Bas Smart Selangor untuk tahun 2018 dan tahun 2019?
Pembiayaan kos oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak RM800 sebuah bas sehari. Jumlah tersebut merangkumi kos penyewaaan, termasuk urusan pentadbiran seperti gaji pemandu dan sebagainya serta pengoperasian dan penyelenggaraan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada syarikat operator yang dilantik.
Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi tempoh 2018 dan tahun 2019 adalah seperti berikut:
Bil. Peruntukan Tahun 2018 Tahun 2019 1. Kerajaan Negeri RM17,859,306.00 RM29,780,701.20 (data sehingga September 2019) 2. Pihak Berkuasa Tempatan RM8,269,640.00 RM9,069,018.00 (data sehingga September 2019) Jumlah RM26,161,958.00 RM26,128,946.00
