KREDIBILITI TEKS KHUTBAH JUMAAT
97) KREDIBILITI TEKS KHUTBAH JUMAAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan JAIS ke atas masjid yang menyampaikan khutbah berbaur politik dan tidak mendoakan kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor?
Bagi menangani permasalahan khatib menyampaikan khutbah berbaur politik dan tidak mendoakan kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor:
- mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Nazir atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut dalam masa 7 hari bekerja;
- Nazir atau Pengurus Masjid akan dipanggil ke JAIS sekiranya jawapan surat tunjuk sebab kurang memuaskan untuk diberi peringatan dan amaran;
- Memanggil individu berkenaan sekiranya gagal mematuhi peraturan sedia ada agar akur dengan peraturan yang sedia ada;
- Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada individu berwatikah seperti Nazir, Imam atau Jawatankuasa Masjid yang masih tidak mematuhi arahan dan peraturan sedia ada;
- Bagi pemegang tauliah MAIS sekiranya masih tidak mematuhi arahan dan peraturan akan ditarik balik tauliah kebenaran berceramah dan mengajar; dan
- Mengarahkan pihak masjid agar tidak membenarkan mana-mana khatib yang gagal mematuhi peraturan untuk berkhutbah.
