Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

33) KRITERIA UNTUK MEMILIH DAN MEMANTAU AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila sebutkan kriteria untuk memilih ahli majlis dan cara-cara memantau prestasi ahli majlis.

    Dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis PBT, Kerajaan Negeri amat menekankan
    kriteria berdasarkan kelayakan taraf pendidikan, Ahli Majlis yang biasanya bermastautin
    dalam kawasan PBT, sumbangan setiap Ahli Majlis kepada PBT serta penduduk
    setempat, berpengalaman luas dan keaktifan seseorng Ahli Majlis di dalam masyarakat
    seperti mana peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta Kerajaan Tempatan
    1976 (Akta 171). Selain itu, Kerajaan Negeri juga mensyaratkan agar seseorang Ahli
    Majlis yang dilantik hendaklah bebas dari rekod jenayah, bersih dari Badan Pencegah
    Rasuah dan tidak bankrap..
    Untuk makluman, pemantauan prestasi Ahli Majlis akan dinilai sepanjang
    perkhidmatannya dengan mengguna pakai sebelas (11) indikator yang telah ditetapkan
    oleh Kerajaan Negeri iaitu berdasarkan :-
    i) Kehadiran Mesyuarat;
    ii) Komitmen Kepada Tugas;
    iii) Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Tugas;
    iv) Kebolehan Membuat Keputusan;
    v) Keberkesanan Komunikasi;
    vi) Keberkesanan Hasil Kerja;
    vii) Kepimpinan;
    viii) Integriti;
    ix) Disiplin Dan Ketepatan Masa;
    x) Proaktif Dan Inovatif; dan
    xi) Jalinan Perhubungan Dan Kerjasama.
    Pemantauan prestasi yang dinilai ke atas Ahli Majlis bukan sekadar komitmennya di
    dalam pejabat malah Kerajaan Negeri juga amat menitikberatkan sumbangan setiap Ahli
    Majlis terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. Seperti mana yang telah
    dipratikkan, penilaian setiap Ahli Majlis akan dilaksanakan oleh ADUN, Ahli Parlimen
    dan juga Datuk Bandar/ Yang Dipertua.

Lampiran

Tiada Lampiran.