KUALITI JALAN RAYA

183) KUALITI JALAN RAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pelan penyelenggaraan jalan raya utama di bawah JKR bagi mempastikan pengguna selamat menggunakannya, khususnya permukaan jalan dan lampu jalan diari Kampung Sg. Udang hingga ke Northport dan Bagan Hailam.

    Pelan Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri di bawah JKR merangkumi Kontrak Jangka Panjang dan Sebut harga Secara Jabatan. Perincian bagi setiap kerja adalah seperti berikut :-

    • Kontrak Jangka Panjang (KJP) : Skop kerja utama adalah Penyenggaraan Rutin merangkumi RO1 – RO11.
    Skop Penyenggaraan Rutin Tahun 2016 – 2021
    RO1    – Pavement
    RO2    – Road Shoulder
    RO3    – Grass Cutting
    RO4    – Road Furnitures
    RO5    – Bridges, Pedestrian Crossing and Culverts
    RO6    – Roadline
    RO7    – Drainage
    RO8    – Road Cleaning
    RO9    – Routine Inspection
    RO10 – Mandatory Inspection
    RO11 – Street Lighting and Traffic Light

     

    • Sebut harga Secara Jabatan : Skop kerja melibatkan pembaikan jalan, membaiki aspek keselamatan dan lain-lain kerja kecil (pembaikan longkang, bahu jalan) serta kes aduan yang

     

    Penyelenggaraan   Jalan    Raya    Persekutuan   di    bawah    JKR    bagi    skop Penyenggaraan Rutin adalah seperti berikut :-

     

    Skop Penyenggaraan Rutin
    R01 – Pavemen
    R02 – Penyenggaraan Bahu Jalan
    R03 – Pemotongan Rumput
    R04 – Penyenggaraan Perabut Jalan
    R05 – Penyenggaraan Pembentung & Jambatan
    R07 – Penyenggaraan Longkang

     

    Bagi lokasi dari Kampung Sg Udang hingga ke Northport, penyelenggaraan jalan terlibat adalah termasuk dalam Pelan Penyelenggaraan Jalan Raya tersebut.

    Manakala bagi penyelenggaraan Jalan Bagan Hailam adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Lampiran

Tiada Lampiran.