Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

11) KUMPULAN WANG AMANAH PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perbelanjaan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri dibahagi kepada empat kategori penyelenggaraan, iaitu penyelenggaraan rutin, berkala, kecemasan dan pencegahan. Senaraikan terimaan Kumpulan Wang Amanah ini serta amaun dan peratusan yang dibelanjakan untuk setiap satu kategori di atas pada tahun 2013 hingga 2015.

    Pada dasarnya terimaan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kepada Kerajaan Negeri selaras dengan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan tidak dibuat berdasarkan empat (4) kategori penyelenggaraan yang dinyatakan. Sebaliknya, pemberian tersebut disalur mengikut panjang jalan yang didaftarkan dalam Sistem MARRIS Namun, Garis Panduan Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) ada menyebut bahawa peruntukan ini boleh dibelanjakan untuk tujuan aktiviti penyelenggaraan jalan yang terangkum dalam empat kategori utama seperti berikut:-

    • Penyelenggaraan rutin;
    • Penyelenggaraan berkala;
    • Penyelenggaraan kecemasan; dan
    • Penyelenggaraan pencegahan.

    Namun, Kerajaan Negeri juga pada ketika ini tidak merekod perbelanjaan semasa mengikut kategori penyelenggaraan di atas. Sehubungan itu, jumlah perbelanjaan peruntukkan MARRIS bagi tahun 2013 sehingga 2015 ditunjukkan seperti jadual berikut:-

    TAHUN TERIMAAN (RM) PERBELANJAAN (RM) PERATUS (%)
    2013 498,033,993.22 308,582,900.58 62%
    2014 523,486,773.00 382,080,424.48 73%
    2015 468,774,527.00 770,845,072.69 164%

    Beza dengan jumlah terimaan ditampung menerusi baki Tabung Kumpulan Wang Amanah MARRIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.