KUPON AIR PERCUMA
55) KUPON AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri dikatakan telah memberikan kupon air percuma 20m padu pertama untuk penghuni rumah pangsa yang menggunakan meter pukal. Bagaimanakah mekanisme pemberian kupon, dan berapa kos yang telah dikeluarkan sejak ia mula diperkenalkan?
Mekanisme pemberian air percuma melalui kupon yang telah dibuat penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:
- Sebaik menerima bil air meter pukal dari SYABAS, Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan akan membuat bacaan bil meter air mengikut kegunaan setiap petak (rumah) bagi bulan
- Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan mengeluarkan bil air kepada semua rumah yang diduduki. Potongan rebet air percuma sejumlah RM11.40 dibuat secara automatik bagi setiap unit rumah
- Badan Pengurusan Bersama (JMB)/ Perbadanan Pengurusan (MC)/ pemaju/ejen pengurusan mengemukakan kupon-kupon air yang dituntut pemilik/penyewa beserta bayaran baki bil air meter pukal setelah ditolak jumlah rebet air percuma kepada
- SYABAS membuat tuntutan bayaran rebet air percuma kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM140,334.08 (Ringgit Malaysia: Seratus Empat Puluh Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Empat Dan Sen Lapan Sahaja) untuk menjalankan fasa pertama program pemberian air percuma kepada pangsapuri kos rendah melalui kupon bagi tempoh 3 bulan iaitu bulan Oktober sehingga Disember 2010.
