KUTIPAN SAMPAH
152) KUTIPAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cadangan baru dalam mengatasi isu kutipan sampah?
a dan b)
Bagi mengatasi isu kutipan sampah, Kerajaan Negeri telah meluluskan beberapa cadangan dan langkah interim melalui MMKN Ke 16/2015 yang diadakan pada 13 Mei 2015 dan disahkan oleh MMKN Ke 17/2015 pada 20 Mei 2015 antaranya ialah
- PBT diarahkan mengguna pakai Garis Panduan Pelantikan Kontraktor di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor sebagai asas Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLV) yang telah diselaraskan oleh pihak MBSA;
- PBT diarahkan memulakan penggunaan Penilaian Prestasi Kontraktor Kutipan Sampah bermula pada bulan Jun 2015 dan mengemukakan laporan bulanan prestasi kontraktor selewat-lewatnya 15 hari bulan, bulan berikutnya dengan menggunakan Skala Prestasi dan SOP yang telah dipersetujui dalam dokumen penyeragaman sebagai asas Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA);
- Semua PBT diingatkan supaya mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas isu pengurusan kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah secara
