KUTIPAN SEWA PARKIR

66) KUTIPAN SEWA PARKIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan PBT dalam usaha kutipan sewa parkir dengan tempoh kontrak dan nisbah pembahagian keuntungan masing-masing

    Kerajaan Negeri pada 1 April 1998 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta Bersepadu Secara Bayar Dan Peraga/Pay And Display (P&D) di seluruh negeri Selangor kepada dua (2) syarikat iaitu Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. (SESB) dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. (GPSB). Perjanjian kontrak pengurusan tempat letak kereta ditandatangani oleh tiap-tiap PBT dengan syarikat Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan Negeri. Tempoh perjanjian konsesi adalah selama dua puluh (20) tahun bermula pada April 1998 dan akan berakhir pada bulan April 2018.

     

    Syarikat Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-

     

    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK); – telah ditamatkan
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp); dan
    • Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) – belum beroperasi

     

    Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. pula diberi konsesi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berikut:-

     

    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL);

     

    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) – belum beroperasi; dan
    • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) – belum beroperasi

     

    Nisbah pembahagian keuntungan ataupun pulangan oleh syarikat kepada PBT adalah berbeza mengikut seliaan syarikat. Antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Bayaran sewa tetap petak letak kereta
    • Bayaran keuntungan 30% dari kompaun tempat letak kereta
    • Bayaran hasil kutipan tahunan 4% kepada PBT
    • Bayaran gaji penguatkuasa PBT
    • Bayaran pakaian seragam penguatkuasa

     

    Bayaran sewa tetap petak kepada PBT adalah sejumlah bayaran yang telah ditetapkan oleh PBT masing-masing yang perlu dibayar oleh syarikat pada setiap bulan. Berikut adalah kadar bayaran bulanan sepetak seperti yang telah ditetapkan oleh PBT:

     

    PBT Di Bawah Seliaan SESB MBSA MPS MPAJ MPKJ MPSp
    1. Kadar bayaran bulanan

    sepetak

    15.28 15.58 12.93 15.29 11.00
    2. Jumlah petak 33,895 11,207 8,208 1,863 749

     

    PBT Di Bawah Seliaan GPSB MBPJ MPSJ MPAJ
    1. Kadar bayaran bulanan sepetak 37.45 50:50

    (pembahagian sama rata)

    10.12
    2. Jumlah petak 20,613 23,594 2,585

    * Nota – MPSJ mengamalkan perkongsian keuntungan 50 : 50 dan tiada dikenakan bayaran sewa tetap petak

     

    Hasil kutipan kompaun kepada PBT bagi konsesi di bawah seliaan SESB adalah pada nisbah 30 : 70 di mana 30% diserah kepada PBT dan 70% kepada SESB. MBPJ dan MPSJ pula menjalankan penguatkuasaan dan mengutip 100% kompaun tanpa penglibatan GPSB. Manakala bagi MDKL, nisbah 30 : 70 diguna pakai sama seperti di bawah seliaan SESB

     

    Selain itu, hasil kepada PBT adalah bayaran 4% setiap tahun oleh syarikat kepada PBT di mana ianya adalah hasil perkongsian keuntungan penjualan kupon tempat letak kereta berdasarkan kepada perjanjian yang ditandatangani oleh syarikat dengan PBT masing-masing.

     

     

    Melalui penswastaan tempat letak kereta ini, PBT mendapat pulangan dengan tidak perlu mengeluarkan sebarang kos operasi iaitu bagi penyediaan sistem tempat letak kereta sebaliknya kos-kos ini ditanggung oleh syarikat yang berkenaan. Penjimatan ini membolehkan PBT menumpukan penggunaan budget bagi perkara lain.

     

    PBT juga memperoleh pendapatan bersih tanpa mengeluarkan kos bagi pengutipan hasil tempat letak kereta dan juga penyelenggaraan tempat letak kereta dengan memastikan garisan bagi petak tempat letak kereta diselenggara dengan baik dan boleh dilihat, sistem bayar dan peraga adalah di dalam keadaan yang baik serta memastikan bahawa semua papan tanda berkaitan dengan tempat letak kereta adalah di dalam keadaan baik.

     

    PBT mendapat penjimatan kos operasi, kos penyelenggaraan Hardware dan Software serta penjimatan kos pengintegrasian sistem yang ditanggung oleh pihak syarikat. Selain itu, terdapat juga gaji penguatkuasa PBT yang dibayar oleh syarikat serta bayaran pakaian seragam penguatkuasa turut ditanggung oleh syarikat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.