Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

299) LALUAN BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk penambahan laluan bas Smart Selangor pada tahun 2020?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dilaksanakan pada 1 Julai 2015 sehingga kini telah mempunyai 43 laluan dengan 138 buah bas. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini bagi tempoh 1 Julai 2015 hingga 30 September 2019 telah mencapai 41 juta orang. Penambahan laluan akan memberikan implikasi terhadap kewangan apabila melibatkan pertambahan kos yang perlu ditanggung iaitu sebanyak RM800 sebuah bas sehari. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM30 juta setahun bagi membiayai keseluruhan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak ianya dilaksanakan.

    Bagi perancangan untuk tahun 2020, jumlah laluan perkhidmatan bas ini masih diteruskan dan dikekalkan. Namun begitu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang penambahan laluan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan cadangan penambahan laluan juga bergantung kepada keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan kewangan semasa serta mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor termasuk kelulusan daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat kerana laluan perkhidmatan bas ini merupakan laluan sosial dan bukan untuk persaingan dengan syarikat bas sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.