Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

241) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PENGUMUMAN TERMA DAN SYARAT BARU SKIM AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan setiap jenis pengumuman awam yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menguar-uarkan terma dan syarat terbaru bagi pendaftaran Skim Air Selangor.

    Pengumuman rasmi melalui kenyataan media program penjajaran semula pemberian air percuma yang dijenamakan sebagai Skim Air Darul Ehsan telah dikeluarkan pada 27 September 2019. Hebahan serta pengumuman awam adalah melalui media massa dan hebahan melalui media sosial.

    Pada tarikh yang sama, Kerajaan Negeri Selangor juga telah menganjurkan Taklimat Skim Air Darul Ehsan di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam dimana penerangan berhubung skim ini telah diberikan oleh pihak UPEN dan Air Selangor. Taklimat tersebut dihadiri oleh wakil-wakil Pusat Khidmat Masyarakat dari 56 DUN, Pesuruhajaya Bangunan (COB), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC), Penghulu dan Ketua Kampung. Taklimat yang diberikan oleh pihak UPEN dan Air Selangor menerangkan secara terperinci berhubung skim ini termasuk syarat kelayakan, cara-cara memohon dan pelaksanaannya.

    Kerajaan Negeri melalui Pengurusan Air Selangor telah membuat hebahan dan promosi secara berterusan berhubung Skim Air Darul Ehsan ini melalui sesi jelajah penerangan dengan kerjasama Pusat Khidmat Setempat dan wakil-wakil komuniti setiap daerah di Selangor.

    Senarai pengumuman yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

    • Pengumuman melalui edaran bahan cetak

     

    1. Air Selangor telah menyedia dan mengedarkan bahan cetakan Skim Air Darul Ehsan seperti borang permohonan, poster dan soalan lazim melalui Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan edaran semasa sesi taklimat yang dijalankan.

     

    • Liputan siaran TV dan Media Elektronik

     

    1. TV3 telah membuat liputan semasa sesi Taklimat Skim Air Darul Ehsan di PKM Dun Batang Kali di Bukit Beruntung pada 3 Oktober 2019.
    2. TV Selangor juga telah menyiarkan makluman dan informasi berkenaan Skim Air Darul Ehsan yang diumumkan pada 27 September 2019.

     

    • Pengumuman melalui Online Media

     

    Pengumuman Kerajaan Negeri berhubung Skim Air Darul Ehsan telah disiarkan oleh Online Media pada 27 September 2019 seperti berikut:

     

    1. Selangorkini
    2. New Straits Time
    3. Utusan Online
    4. Sinar Harian,
    5. MyMetro
    6. Astro Awani
    7. Kosmo

     

    • Hebahan di Media Sosial dan Laman Sesawang

     

    Hebahan dan maklumat Skim Air Darul Ehsan juga dibuat melalui saluran-saluran media sosial dan laman sesawang seperti berikut:

     

    1. Facebook Air Selangor dan Media Selangor
    2. Youtube
    3. Twitter Air Selangor
    4. Air Selangor juga telah memuatnaik makluman serta borang pendaftaran di airselangor.com selain hebahan di Media Sosial (Facebook dan Twitter)
    5. Perkongsian melalui aplikasi WhatsApp

     

     

    5-Taklimat Skim Air Darul Ehsan

    Bermula dari 27 September 2019 sehingga 14 Oktober 2019, sebanyak 168 program taklimat telah dilaksanakan dibeberapa lokasi seperti jadual di bawah.

    LAPORAN STATISTIK PROGRAM TAKLIMAT SKIM AIR DARUL EHSAN
    Pejabat Ahli Parlimen Pejabat ADUN Penghulu/Mukim Kampung/MPKK COB & JMB Zon / Ahli Majlis Agensi Kerajaan Pusat Ibadah Lain-Lain JUMLAH
    17 34 17 28 12 16 21 8 15 168

     

    Air Selangor akan terus melaksanakan aktiviti hebahan dan taklimat Skim Air Darul Ehsan bagi mengumpul borang dan menggalakkan pendaftaran kepada pemohon yang layak secara berterusan sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.