LEBUH RAYA KIDEX
164) LEBUH RAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila bekalkan kertas-kertas kerja, laporan-laporan ataupun minit-minit mesyuarat yang berkenaan semasa Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk pengambilan tanah bagi projek lebuh raya KIDEX.
Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 6/2012 yang bersidang pada 15 Februari 2012 telah menimbang dan bersetuju secara dasarnya dengan cadangan Projek Lebuh raya Kinrara – Damansara (KIDEX) dan jajaran-jajarannya. Bersama-sama ini dilampirkan keputusan MMKN berkaitan kelulusan Kerajaan Negeri berhubung Projek Lebuh raya KIDEX.
