LEBUHRAYA BAHARU

150) LEBUHRAYA BAHARU

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lebuhraya yang telah diluluskan dan sedang dibina di Selangor.

    Untuk makluman YB, pembinaan mana-mana lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

    Terdapat lima (5) konsesi lebuhraya yang telah diluluskan dan sedang dibina di Negeri Selangor iaitu:

     

    BIL.

     

    LEBUHRAYA

     

    KELULUSAN

    1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) November 2005
    2. Lebuhraya    Damansara     –     Shah    Alam

    (DASH)

    Mei 2012
    3. Lebuhraya   Sungai   Besi    –    Ulu    Kelang

    (SUKE)

    Mei 2012
    4. East Klang Valley Expressway (EKVE) Mei 2012
    5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II) April 2000

     

    Manakala Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) masih dalam proses bawah Seksyen 4 untuk tujuan kajian lanjutan ukur dan siasatan tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.