LOJI WASTE TO ENERGY (WTE)

62) LOJI WASTE TO ENERGY (WTE)

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membina lebih banyak loji WTE bagi menggantikan tapak pelupusan sampah sekarang? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 telah menimbang dan bersetuju WHB menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor.

    Untuk makluman, ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut:

    • Loji Waste To Energy (WTE);
    • Loji Kitar Semula;
    • Loji Pencernaan Anerobik (AD);
    • Loji Kompos;
    • Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan
    • Pusat Penyelidikan & Pembangunan

    Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.