Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

115) MAJLIS HALAL INTERNATIONAL SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Majlis Halal International Selangor dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri utama dalam industri halal di rantau Asia?

    Antara peranan Majlis Halal International Selangor dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri utama dalam indusri halal adalah seperti berikut:-

    1. Merealisasikan perancangan pembangunan dan meletakkan Selangor sebagai Halal Hub terulung di Malaysia dan Global.
    2. Pelaksanaan inisiatif dan program/projek HIS dijadikan platform untuk negeri Selangor menuju ke arah ‘Global Nation State’ dalam industri Halal selari dengan gagasan ‘Smart Selangor’.
    3. Meletakkan Halal Standard Selangor sebagai Penanda Aras bagi pensijilan halal di Negeri Selangor, Malaysia dan Global.
    4. Memantau dan memberi fokus pelaburan dari sektor industri Halal yang akan menambahbaik Negeri Selangor sebagai negeri yang maju, berdaya saing dan pro-perdagangan.
    5. Memberi nasihat dalam proses penilaian dan pelaksanaan inisiatif dan program/projek HIS.
    6. Memastikan program / projek HIS mempunyai nilai komersil dan memberi kesan dan impak positif kepada socio-ekonomi negeri Selangor.
    7. Memastikan program / projek HIS mendapat sumber-sumber yang diperlukan seperti dana, prasarana dan kepakaran untuk menjayakan pelaksanaan program / projek HIS

Lampiran

Tiada Lampiran.