MAKLUMAT LEBURAYA WEST COAST EXPRESSWAY E28

142) MAKLUMAT LEBURAYA WEST COAST EXPRESSWAY E28

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan maklumat Leburaya West Coast Expressway E28 yang mengandungi nama syarikat pengurusan, jumlah tol, R&R, caj setiap tol mengikut kelas kenderaan, butir-butir peta jalanraya yang bermula dari Bandar Mahkota Banting (Selangor) sehingga Changkat Jering (Perak).

    Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) E28 adalah merupakan projek di bawah tanggungjawab West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCE). Lebuhraya yang berkepanjangan 253KM berkenaan yang akan bermula di Bandar Mahkota Banting (Selangor) akan mempunyai sebanyak 20 pondok plaza tol iaitu sebanyak sembilan (9) di Selangor dan 11 di Perak. Lebuhraya WCE ini juga akan turut mempunyai sebanyak 21 persimpangan (interchange) merangkumi 10 di Selangor dan 11 di Perak. Lebuhraya ini juga akan menghubungkan beberapa jaringan lebuhraya lain seperti PLUS, SKVE, NNKSB, KLKSE, dan SAE. Butirbutir peta Lebuhraya WCE ini adalah seperti di Lampiran 1.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.