Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

28) MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rakyat Selangor yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari 2008 hingga 2012?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah di LPHS, dari tahun 2008 hingga 2012, seramai 5,450 orang telah ditawarkan rumah kos rendah dan 1,546 orang telah ditawarkan untuk membeli rumah mampu milik. Pecahan pemohon mengikut kawasan dan jenis rumah adalah seperti berikut:

            Jumlah Pemohon   Jumlah Pemohon  
      Bil.   Daerah
      Rumah Kos Rendah Rumah Mampu Milik  
         
      1. Gombak 363 1422  
      2. Hulu Langat 950 124  
      3. Hulu Selangor 1  
      4. Klang 987  
      5. Kuala Langat 54  
      6. Kuala Selangor 395  
      7. Petaling 2,462  
    8. Sabak Bernam 178
    9. Sepang 60
      Jumlah 5,450 1,546

Lampiran

Tiada Lampiran.