MASALAH GAGAK
119) MASALAH GAGAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah kerajaan yang berkesan bagi mengatasi masalah gagak yang banyak terutama di kawasan bandar seperti Kelang dan Bangi?
Kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah berusaha bagi mengatasi masalah gagak yang banyak dengan cara mengadkan Program Operasi Menembak Gagak sebagai program tahunan. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak tahun 2000 hingga sekarang. Mulai tahun 2010, pihak PBT telah mula menggunakan Perangkap Gagak sebagai penambahan kaedah bagi mengatasi masalah gagak.
Antara kaedah lain yang sedang giat dijalankan di seluruh PBT termasuk kawasan Klang dan Bangi ialah pembersihan pasar malam awam dan kutipan sampah. Pihak komuniti pasar malam juga memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan tapak pasar selepas operasi. Selaras dengan Program Zon Bersih yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini ia telah banyak memberi kesan yang positif dalam menangani masalah kehadiran gagak. Umum sedia maklum bahawa kehadiran kumpulan gagak adalah disebabkan oleh adanya kawasan longgokan sampah terbiar. Dengan ini, masalah gagak yang banyak dapat diatasi sekiranya kaedah yang digunakan dapat dilakukan secara berterusan.
