MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
139) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
Masalah hakisan tebing di Parit 6, Sekinchan disebabkan oleh arus deras daripada aliran air sawah dengan kapasiti yang banyak dari kawasan pengairan yang berada di bahagian ‘upstream’. Aliran air yang banyak dari lot sawah terutama pada musim penanaman padi mengakibatkan arus deras yang berlaku di ‘downstream’ seterusnya menghakis tebing parit yang dimaksudkan. Tambahan pula, keadaan menjadi semakin teruk jika berlaku hujan dan kapasiti air bertambah. Apabila pintu air dibuka bagi tujuan untuk membuang air ke laut, arus deras akan berlaku dan seterusnya mengakibatkan hakisan tebing.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah mengatasi sebahagian masalah tersebut dengan memasang struktur hakisan tebing berhampiran kunci air yang telah dilaksanakan pada tahun 2014.
