Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

160) MASALAH KEMISKINAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk membanteras kemiskinan Selangor dalam tahun 2008-2015

    Kerajaan Negeri Selangor amat serius dan sentiasa komited dalam usaha menangani masalah kemiskinan secara total dan efektif. Strategi utama pembasmian kemiskinan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan adalah memfokuskan kepada program-program ke arah mentransformasikan masyarakat miskin tegar dan miskin kepada masyarakat yang berupaya menjana pendapatan yang mencukupi bagi menanggung kos hidup serta seterusnya berupaya membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

    Program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan seperti Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Kemahiran Teknikal melalui INPENS International College serta Program Pemberian Bantuan untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan dan Persekolahan ini diharap berupaya memastikan golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan dapat dibantu dan sentiasa mendapat manfaat. Ini secara tidak langsung berupaya menghasilkan impak positif dan berkesan terhadap taraf dan kesejahteraan hidup rakyat secara berterusan.

    Secara ringkasnya, jumlah dan prestasi perbelanjaan bagi peruntukan pembangunan (P01) Jawatankuasa Tetap Kemiskinan bagi tahun 2012 hingga tahun 2015 (dikemaskini sehingga 19 Oktober 2015) adalah seperti berikut:-

     

    BIL.

     

    TAHUN

     

    PERUNTUKAN

    JUMLAH PERBELANJAAN PRESTASI PERBELANJAAN
    PERUNTUKAN PEMBANGUNAN (P01)
    1. 2012 RM7,764,000.00 RM7,493,655.00 96.52%
    2. 2013 RM9,889,000.00 RM9,883,667.00 99.95%
    3. 2014 RM10,842,000.00 RM10,711,229.58 98.79%

     

    BIL. TAHUN PERUNTUKAN JUMLAH PERBELANJAAN PRESTASI PERBELANJAAN
     

    4.

     

    2015

     

    RM13,368,000.00

     

    RM9,706,753.92

    72.61%

    (*Dikemaskini sehingga 19

    Oktober 2015)

Lampiran

Tiada Lampiran.