MASALAH KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH
128) MASALAH KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu Kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang menghadapi masalah kemudahan telekomunikasi setelah pihak Telekom Malaysia tidak berupaya menaik taraf kemudahan telekomunikasi di kawasan tersebut?
Isu berkenaan masalah telekomunikasi di kawasan Perindustrian Zurah, Rasa sering kali dibangkitkan dalam mesyuarat IPMC yang diadakan. Susulan dari itu, pihak Kerajaan Negeri melalui SSIC telah menganjurkan sesi taklimat dan dialog antara pihak pelabur dengan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan pada 9 Disember 2013 bertempat Kelab Golf Bukit Beruntung.
Berdasarkan maklum balas, pihak TM menghadapi kesulitan untuk mengambil tindakan atas aduan-aduan yang dibangkitkan disebabkan kekurangan maklumat yang lengkap dari pihak pengadu.
Bagi membantu pihak TM, SSIC telah mengeluarkan borang soal selidik kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Hulu Selangor bagi mendapatkan maklum balas berkenaan isu-isu yang dihadapi. Borang soal selidik tersebut dihantar kepada kepada syarikat secara pos dan faks dan sebanyak 100 borang selidik telah dihantar. Namun, hanya 27 syarikat sahaja yang memberikan maklum balas berkenaan isu-isu yang dihadapi untuk tindakan pihak Telekom Malaysia.
Berdasarkan maklum balas, pihak Telekom Malaysia memaklumkan bahawa kawasan tersebut telah diliputi kemudahan jalur lebar (‘lower speed’ sehingga 2 mbps) dan pihak Telekom Malaysia secara dasarnya tiada halangan untuk membantu pihak pekilang untuk menaik taraf perkhidmatan yang sedia ada.
Namun begitu, pihak Telekom Malaysia memerlukan maklumat secara spesifik dari pihak pekilang bagi membolehkan pihak Telekom Malaysia mencadangkan kaedah penyelesaian yang terbaik untuk pihak syarikat.
Pihak SSIC akan meneruskan pemantauan dan tindakan susulan berhubung perkara ini.
