Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

90) MASALAH ÒJOINT MANAGEMENT BODYÓ (JMB)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah biasa yang sering dialami oleh JMB seperti pemotongan air dan elektrik?

    Pemotongan bekalan elektrik berlaku di kawasan pemajuan strata adalah kerana terdapatnya tunggakan bil ke atas penggunaan elektrik di harta bersama.   Masalah pemotongan bekalan elektrik tidak berlaku kepada petak (unit rumah)  pembeli, berikutan setiap petak mempunyai meter elektrik individu.

    Pemotongan bekalan air pula berlaku adalah kerana disebabkan dua perkara berikut:

    • Bagi kawasan pemajuan yang melaksanakan meter air individu

    Isu pemotongan bekalan air berlaku kerana terdapat tunggakan bil bekalan air ke atas harta bersama.

    • Bagi kawasan pemajuan yang melaksanakan meter air pukal

    Isu pemotongan bekalan air berlaku kerana terdapat tunggakan bil bekalan air ke atas harta bersama dan petak-petak pembeli.

    Dalam menangani masalah pemotongan bekalan elektrik dan bekalan air tersebut supaya ianya tidak berulang, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan tertentu seperti berikut:

     

    • Pendekatan Pertama : Pembayaran tunggakan

    bil elektrik/bil air

    Membuat rundingan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya dapat mewujudkan satu pelan pembayaran tunggakan bil elektrik dalam tempoh munasabah yang mampu dibayar oleh JMB.

    • Pendekatan Kedua : Penukaran nama pemegang meter

    bekalan elektrik/bekalan airm daripada pemaju kepada JMB

    Memantau langkah-langkah pelaksanaan penukaran nama pemegang akaun daripada pemaju kepada JMB bagi memastikan pengurusan pengutipan dan pembayaran bil elektrik lebih efisien.

    • Pendekatan Ketiga : Pembayaran deposit

    akaun  meter air/meter elektrik bagi harta bersama di bawah JMB

    Meminta pemaju menangguhkan penarikan balik deposit meter elektrik harta bersama sehingga JMB berjaya menyelesaikan tunggakan hutang bil elektrik terlebih dahulu seterusnya membuat pembayaran secara ansuran kepada TNB atau SYABAS bagi tujuan deposit meter elektrik/meter air  harta bersama.   Ini berikutan pemaju juga adalah ahli JMB dan JMC secara automatik dan bersama-sama pembeli memikul tanggungjawab untuk menyenggarakan bangunan dan harta bersama.

    Memantau usaha JMB menguruskan pembayaran deposit meter elektrik/meter air harta bersama memandangkan apabila mesyuarat agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan (MC) diadakan kelak di mana ahli majlis MC di kalangan pemilik petak akan dilantik, maka urusan penyenggaraan bangunan dan harta bersama secara sepenuhnya akan diambil alih oleh pemilik petak. Maka isu penarikan balik meter deposit meter elektrik oleh pemaju tidak timbul selepas pengambilalihan oleh MC kerana dapat diselesaikan di peringkat awal iaitu semasa di bawah tempoh tanggungjawab JMB.

     

     

     

    • Pendekatan Keempat : Pelaksanaan migrasi

                                                     akaun meter air pukal kepada                                    meter air individu

    Memantau usaha-usaha JMB membuat migrasi meter air pukal kepada meter air individu bagi mengelakkan pemotongan air berlaku ke pada kawasan pemajuan terbabit yang turut memberi implikasi kepada pembeli yang menjelaskan bil air mengikut bil penggunaan air di petaknya.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa terma dan peraturan yang telah ditetapkan SYABAS bagi membolehkan migrasi meter air pukal kepada meter air individu dilaksanakan seperti berikut:

    Permohonan migrasi kepada akaun bekalan air meter individu mesti mendapat persetujuan 100% pembeli di kawasan perumahan bertingkat tersebut.

     

    Sistem bekalan air bagi perumahan bertingkat berkenaan hendaklah mematuhi keperluan-keperluan teknikal SYABAS.

     

    Akaun bekalan air meter pukal bagi perumahan bertingkat terbabit tidak mempunyai tunggakan bil air.

    Selain itu, walaupun pelaksanaan meter air individu memberi faedah kepada pembeli untuk menikmati tarif air di bawah Kod 10 dan kadar air percuma bagi penggunaan di bawah 20 meter padu, tetapi bagi penggunaan harta bersama, tarif Kod 11 tetap dikenakan kerana diklasifikasikan sebagai lain-lain kegunaan selain domestik. Ini adalah kurang adil, kerana lain-lain kegunaan selain domestik adalah merujuk kepada penggunaan komersial sedangkan penggunaan air bagi harta bersama adalah merupakan suatu kemudahan umum yang digunakan bersama oleh pembeli dan tidak dikomersialkan.