MASALAH PENDATANG ASING
86) MASALAH PENDATANG ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pendatang asing/pekerja asing yang terdapat di Negeri Selangor ini?
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Imigresen Negeri Selangor, jumlah pekerja asing di negeri Selangor daripada tahun 2006 hingga Jun 2009 adalah berjumlah 146,020 orang. Statistik hingga Jun 2009 menunjukkan jumlah kemasukan pendatang asing ke negeri Selangor seramai 39,348 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 50,171 orang diambil bekerja di dalam sektor pembuatan, diikuti sektor pembantu rumah dan sektor perkhidmatan. Statistik pekerja asing di negeri Selangor mengikut sektor adalah seperti berikut :
SEKTOR TAHUN 2006 2007 2008 Jan-Jun 2009 Pembantu Rumah 33,229 26,297 31,485 14,415 Pembinaan 28,240 15,955 12,441 4,013 Pembuatan 64,828 41,243 39,151 11,020 Perkhidmatan 24,797 17,130 18,542 7,139 Perladangan 3,595 2,198 1,958 773 Pertanian 1,804 1,538 3,095 1,988 Jumlah 156,493 104,361 106,672 39,348 Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor
