Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI ADORRA SRI MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penghuni Pangsapuri Adorra Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana ceiling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Pada 24hb Ogos 2008 kejadian runtuhan bumbung dan struktur berlaku lagi semasa hujan lebat. Walaupun syarikat ini mempunyai banyak projek lain, mereka seperti lepas tangan akan tanggungjawab mereka dalam penyelenggaraan di pangsapuri ini. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau sengaja tidak menjalankan tanggungjawab bagi menjaga keselamatan penghuni setempat.

    Kerosakan bumbung pangsapuri yang dimaksudkan adalah dibawah tanggungjawab
    pihak pemaju yang juga merupakan ejen pengurusan bagi kesemua pembangunan
    bertingkat di kawasan tersebut. Pemaju yang dimaksudkan adalah New Acres Sdn.
    Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.