MASALAH SERANGAN PENYAKIT BENA PERANG (GRASSHOPPER)
88) MASALAH SERANGAN PENYAKIT BENA PERANG (GRASSHOPPER)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah keluasan bendang yang diserang penyakit Bena Perang di daerah Sabak Bernam.
Jabatan Pertanian mempunyai satu Program Pengawasan dan Ramalan (PNR) setiap musim penanaman. Tujuan program ini ialah untuk mengawasi status perosak (20 jenis) supaya maklumat dapat disampaikan kepada pegawai kawasan dan petani untuk kawalan apabila statusnya mencapai diambang potensi kepada kerosakan (ETL). Hasil program PNR didapati peratusan serangan bagi serangan Bena Perang ialah sebanyak 2% iaitu meliputi kawasan tanaman padi IADA Barat Laut Selangor seluas 18,355 ha bertanam.
