Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

34) MASTER PLAN 50 TAHUN BEKALAN AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang dibayar oleh Kerajaan Selangor kepada Perunding dalam kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor yang dikatakan akan dijadikan Master Plan bekalan air Selangor untuk 50 tahun akan datang?

    Kajian Water Resources, Supply, Demand and Distribution Study For Selangor dibuat khusus untuk Negeri Selangor mengenai bekalan air yang merangkumi aspek sumber air mentah hinggalah ke pengagihan air kepada pengguna. Kajian yang menyeluruh ini akan dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada justifikasi bahawa:

    • Kerajaan Negeri adalah bertanggung jawab untuk menyediakan sumber air yang mencukupi sama ada untuk dirawat oleh operator rawatan air atau untuk diagihkan kepada pengguna;
    • Sumber-sumber air mentah sedia ada telah semakin terhad, maka adalah baik untuk Kerajaan Negeri bersedia mencari sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Walaupun Langat 2 beroperasi, sekiranya Negeri Selangor mempunyai sumber air sendiri, maka kos yang akan dibayar adalah lebih rendah berbanding Langat 2;
    • Dalam mengenal pasti sumber-sumber baru, melalui kajian yang menyeluruh, Kerajaan Negeri boleh menguntukkan (earmark) mana-mana tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan bagi

    Projek Bekalan Air masa hadapan, maka dengan itu kos pengambilan balik tanah dapat dijimatkan;

    1. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain; dan

     

    1. Melalui kajian ini, Kerajaan    Negeri dapat menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang.

     

    • Kos untuk membuat kajian ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta Empat Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus Dua Puluh Lima Dan Sen Enam Puluh Dua (RM2,499,425.62) Termasuk Cukai Perkhidmatan Mengikut Pecahan Berikut:-
    • Fee Perunding : RM2,073,008.70
    • Imbuhan Balik : RM284,940.00
    • GST: RM141,476.92

    Kos kajian termasuk bayaran imbuhan balik serta bayaran bagi Purchase of Software and Map, Water Quality Sampling, Other Necessary Stampling & Laboratory Test

Lampiran

Tiada Lampiran.