MEMBANTU NAIK TARAF KEHIDUPAN NELAYAN
158) MEMBANTU NAIK TARAF KEHIDUPAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina MITS di setiap daerah di Selangor?
Nelayan adalah merupakan pembekal sumber protein kepada kehidupan seluruh rakyat di Negeri Selangor khususnya. Bagi memastikan bekalan ikan sentiasa berada pada tahap yang baik, Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa bentuk bantuan khusus kepada golongan tersebut. Bentuk bantuan yang diberikan adalah peralatan untuk menangkap ikan seperti jaring, peralatan navigasi di laut atau Global Positioning System (GPS), jaket keselamatan, tong ikan serta bantuan sampan dan enjin bot. Walau bagaimanapun, bantuan berbentuk sampan dan enjin bot tidak lagi diberikan bermula pada tahun 2016. Ini sebabkan oleh kos per unit yang tinggi di mana hanya sebilangan kecil nelayan sahaja yang memperoleh bantuan dalam setahun berbanding dengan dasar baharu yang sedang dilaksanakan. Sebagai contoh, pada tahun 2016 seramai 620 nelayan telah mendapat manfaat dari perubahan dasar tersebut berbanding hanya 144 orang nelayan sahaja pada tahun
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :-
BIL. TAHUN PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PENERIMA 1. 2015 781,000 144 2. 2016 844,690 620 3. 2017 500,000 333 JUMLAH 2,125,690 1,097
